Kedutaan Rusia Tuntut UK Dedah Siasatan Kes Novinchok

Kedutaan Rusia Tuntut UK Dedah Siasatan Kes Novinchok

Kedutaan Rusia di London telah mengemukakan senarai 14 soalan kepada Kementerian Luar United Kingdom (UK) bagi menuntut negara ini mendedahkan perincian siasatan berhubung kes serangan agen saraf terhadap bekas perisiknya, Sergei Skripal dan anak perempuannya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kedutaan Rusia di London telah mengemukakan senarai 14 soalan kepada Kementerian Luar United Kingdom (UK) bagi menuntut negara ini mendedahkan perincian siasatan berhubung kes serangan agen saraf terhadap bekas perisiknya, Sergei Skripal dan anak perempuannya.

Antara tuntutan itu termasuklah penjelasan sama ada contoh agen saraf A-234 (juga dikenali sebagai Novinchok) pernah diban­­­gunkan di UK.

Pihak Kedutaan Rusia menyifatkan kejadian itu yang mencetuskan ketegangan hubungan dip­­lomatik sebagai ‘kes yang di­ada-adakan terhadap Rusia’.

Senarai 10 soalan yang sama turut dihantar oleh pejabat Kedutaan Rusia di Paris kepada Kementerian Luar Perancis, lapor portal RT.

Berdasarkan dokumen itu, Mos­­cow menuntut alasan Perancis terlibat dalam siasatan yang dilakukan Britain terhadap kes Skripal itu.

Selain itu, ia menuntut Paris mendedahkan jenis bukti yang telah dihantar oleh UK ke Perancis selain mempersoalkan sama kumpulan pakar Perancis memiliki contoh agen berkenaan atau bahan bio dari Sergei atau anak perempuannya, Yulia.

Rusia juga menuntut penjelasan tentang rumusan pakar Perancis itu bahawa bahan yang digunakan ketika serangan di Salisbury adalah agen tersebut dan berasal dari Rusia.

Antara soalan terhadap kerajaan Perancis ialah ‘adakah contoh bahan kimia agen peperangan itu jenis berkenaan atau seum­pamanya telah dibangunkan di Perancis dan jika benar apakah tujuannya?’.

Soalan-soalan yang dikemukakan kepada UK antaranya ialah ‘kenapa konsul Rusia tidak dibenarkan untuk bertemu dua rakyat Rusia itu yang telah mencetuskan bahaya di Britain?’

Turut disenaraikan ialah soalan ‘apakah peraturan dalam per­lembagaan UK yang membenarkan pembabitan negara luar dalam siasatan dalaman?’ dan ‘adakah keputusan siasatan Pe­rancis telah dikemukakan kepada Sekretariat Teknikal Pertubuhan Larangan Senjata Nuklear (OPCW)?’.

Sementara itu, portal BBC melaporkan jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova menuduh UK dan Amerika Syarikat (AS) cuba menghalang Moscow menjadi tuan rumah kejohanan Piala Dunia.

Semasa ditemu bual oleh Russian TV, beliau berkata, tujuan utama negara itu adalah untuk ‘mengeluarkan kejohanan berke­naan dari Rusia’.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky