Korupsi Masalah Utama Di Ukraine: EU

  • News Code : 842226
  • Source : ABNA24
Brief

Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker menamakan korupsi sebagai faktor utama yang menghalang usaha Kesatuan Eropah untuk membina hubungan dagang dengan Ukraine.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker menamakan korupsi sebagai faktor utama yang menghalang usaha Kesatuan Eropah untuk membina hubungan dagang dengan Ukraine.

Kiev perlu memerangi korupsi kerana perkara itu melemahkan usaha yang diambil oleh negara itu, kata Juncker pada hari Khamis di dalam sebuah sidang akhbar selepas menemui Presiden Ukraine, Petro Poroshenko.

Juncker dan Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk berada di Kiev untuk menghadiri sebuah persidangan yang menyemak semula perjanjian dagang baharu di antara kedua-dua entiti. Poroshenko pula berikrar bahawa kerajaannya akan menggembelingkan tenaga untuk memperkukuhkan hubungan Kiev dengan Brussels.

Poroshenko yang memiliki pendirian pro-EU telah mengambil pelbagai langkah yang perlu untuk meningkatkan hubungan negaranya dengan Kesatuan Eropah sejak pemimpin pro-Rusia, Presiden Viktor Yanukovych digulingkan di dalam rampasan kuasa pada tahun 2014.

Walaupun Ukraine masih belum berjaya mendapatkan keahlian penuh di dalam Kesatuan Eropah, kerajaan beliau telah menguatkuasakan reformasi gaya EU di negara itu dalam rangka mendapatkan bantuan bernilai beberapa bilion dolar dan perjanjian perjalanan tanpa visa dengan blok tersebut.

Rampasan kuasa di medan Maidan yang menggulingkan kerajaan sah Presiden Yanukovych menyebabkan beberapa wilayah Ukraine bertindak untuk memutuskan hubungan mereka dengan Kiev sekaligus mencetuskan krisis diplomatik di antara Barat dan Rusia. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram