Kumpulan Nasionalis Greece Serang Pendatang

Kumpulan Nasionalis Greece Serang Pendatang

Sebuah kumpulan haluan kanan melancarkan serangan ganas malam semalam ke atas pendatang yang melancarkan bantahan di pulau Lesbos, Greece, menyebabkan 12 orang cedera, kata polis hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah kumpulan haluan kanan melancarkan serangan ganas malam semalam ke atas pendatang yang melancarkan bantahan di pulau Lesbos, Greece, menyebabkan 12 orang cedera, kata polis hari ini.

Keganasan itu meletus lewat semalam selepas anggota radikal 'Pergerakan Patriotik' berkumpul di dataran di bandar utama di sini, di mana kira-kira 200 pemohon suaka dari Afghanistan melancarkan bantahan duduk minggu lalu terhadap keadaan daif hidup mereka.

Walaupun dengan kehadiran polis, situasi itu terus memuncak ketika pelampau mula membaling botol dan menyalakan suar, melaungkan slogan seperti 'Bakar mereka hidup-hidup' dan 'Campak mereka ke laut.'

Ketegangan memuncak apabila aktivis sayap kiri tiba untuk menyokong pendatang dan mula bergaduh dengan penyokong nasionalis.

Pertembungan itu berlangsung sepanjang malam sehingga pasukan keselamatan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan bantahan dan mengosongkan dataran, memaksa pendatang Afghanistan itu kembali ke kem penuh sesak pulau itu.

Polis berkata, 12 pendatang cedera ringan dan dibawa ke hospital. Lebih 6,500 pendatang kini terkandas di Lesbos, dua kali ganda melebihi 3,000 tempat dalam kem itu.

Greece, negara memiliki 11 juta penduduk, merekodkan 58,661 permohonan tahun lalu, menjadikannya negara anggota Kesatuan Eropah dengan jumlah tertinggi pemohon suaka per kapita, menurut data rasmi. -AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky