Lebih 1,000 Pendatang Mati Lemas Di Mediterranean: UNHCR

Lebih 1,000 Pendatang Mati Lemas Di Mediterranean: UNHCR

Sekurang-kurangnya 1,000 pendatang mati lemas sepanjang tahun ini, termasuk 200 yang dilaporkan maut dalam tempoh dua hari lalu di kawasan perairan Libya, yang menjadi laluan utama menghubungkan Afrika dan Eropah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya 1,000 pendatang mati lemas sepanjang tahun ini, termasuk 200 yang dilaporkan maut dalam tempoh dua hari lalu di kawasan perairan Libya, yang menjadi laluan utama menghubungkan Afrika dan Eropah.

Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dalam satu kenyataan berkata, kadar kematian itu amat mengejutkan dan mendesak tindakan segera diambil bagi mengurangkan jumlah berkenaan.

"UNHCR amat kecewa dengan peningkatan jumlah kematian pelarian dan pendatang akibat lemas di lautan dan menggesa tindakan segera pihak antarabangsa, termasuk pihak pertubuhan bukan kerajaan dan kapal komersial bagi mempertingkatkan usaha menyelamat di kawasan perairan Mediterranean.

"Semua langkah itu perlu dilaksanakan segera bagi memastikan tiada lagi mangsa yang mati lemas di perairan terbabit," katanya. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky