Makmal Porton Down Gagal Buktikan Agen Saraf Kes Skripals Datang Dari Rusia

Pengumuman makmal Porton Down di Britain menunjukkan bahawa mereka tidak dapat mengenal pasti dengan tepat sumber agen saraf yang digunakan di dalam kes keracunan Skripal - para pengguna platform sosial mula menyindir dengan pedas para pegawai U.K yang sebelum ini telah menyalahkan Rusia sejak awal lagi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pengumuman makmal Porton Down di Britain menunjukkan bahawa mereka tidak dapat mengenal pasti dengan tepat sumber agen saraf yang digunakan di dalam kes keracunan Skripal - para pengguna platform sosial mula menyindir dengan pedas para pegawai U.K yang sebelum ini telah menyalahkan Rusia sejak awal lagi.

Di dalam sebuah temu bual dengan Sky News, Gary Aitkenhead, ketua eksekutif Makmal Sains dan Teknologi Pertahanan di Porton Down di England, memberitahu wartawan:

"Kami dapat mengenalinya sebagai Novichok dan mengenal pasti bahawa ia adalah agen saraf bergred tentera."

"Kami belum mengenal pasti sumbernya dengan tepat, tetapi kami telah memberikan maklumat saintifik kepada kerajaan yang kemudiannya menggunakan beberapa sumber lain untuk menyatukan kesimpulan yang telah anda dengar sebelum ini."

Walau bagaimanapun, Aitkenhead menegaskan bahawa agen saraf tersebut memerlukan "kaedah yang sangat canggih untuk membinanya; sebuah perkara yang hanya berada di dalam keupayaan sebuah negara maju".

Menurutnya, tidak ada penawar kepada agen saraf tersebut.

Ketua pusat penyelidikan ketenteraan Britain di Porton Down enggan memberi ulasan sama ada makmal itu telah menghasilkan atau mengekalkan sebarang stok dari agen saraf A-234. Akan tetapi, beliau menolak kemungkinan bahawa agen saraf yang digunakan untuk meracuni Skripals dihasilkan dari makmal Porton Down.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky