Mangsa Tikam Ditemui Di Masjid

Mangsa Tikam Ditemui Di Masjid

Dua orang maut manakala tiga lagi cedera dalam dua insiden tikam menikam pada Khamis di bandar Maastricht yang terletak di selatan wilayah Limburg, Belanda, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis pada awal pagi Jumaat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Dua orang maut manakala tiga lagi cedera dalam dua insiden tikam menikam pada Khamis di bandar Maastricht yang terletak di selatan wilayah Limburg, Belanda, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis pada awal pagi Jumaat.

Setakat ini polis telah menahan seorang suspek.

"Siasatan menunjukkan tiada alasan untuk mempercayai bahawa serangan-serangan ini mempunyai motif seorang pengganas," kata polis.

Insiden pertama berlaku pada kira-kira 9 malam waktu tempatan di Jalan Botsaart dalam daerah Malpertuis, yang menyaksikan seorang lelaki meninggal dunia.

Insiden kedua berlaku 10 minit kemudian beberapa ratus meter daripada lokasi pertama di Jalan Joseph Postmes dalam daerah Caberg, yang menyaksikan seorang wanita terbunuh manakala dua lagi cedera.

Mangsa ketiga yang cedera ditemui di sebuah masjid.

Polis masih menyiasat kedua-dua insiden dan identiti mangsa belum dikenal pasti.

Platform berita tempatan 1Limburg mendakwa kesemua mangsa adalah anggota sebuah keluarga yang berasal dari Syria. - Bernama


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky