May Bakal Umum Proses Brexit Minggu Hadapan

  • News Code : 818953
  • Source : Utusan
Brief

Perdana Menteri Britain, Theresa May akan menulis sepucuk surat kepada Kesatuan Eropah (EU) bagi mengumumkan pengunduran negara itu daripada blok berkenaan pada 29 Mac ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Britain, Theresa May akan menulis sepucuk surat kepada Kesatuan Eropah (EU) bagi mengumumkan pengunduran negara itu daripada blok berkenaan pada 29 Mac ini.

Surat itu juga menandakan detik pengunduran Britain dalam tempoh dua tahun dan membolehkan rundingan antara London serta Brussels berlangsung kelak.

Presiden EU, Donald Tusk berkata, selepas pihaknya menerima surat dari May, beliau akan menyerahkan panduan draf rundingan kepada 27 anggota EU, berkemungkinan pada awal Mei.

“Kesemuanya telah tersedia. Kami bersedia memulakan rundingan,” kata jurucakap Ketua Pesuruhjaya EU, Jean-Claude Juncker, Margaritis Schinas. - REUTERS/AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram