Mogherini Gesa Semua Pihak Kekal Komited Kepada Perjanjian Nuklear Iran

  • News Code : 842324
  • Source : ABNA24
Brief

Pesuruhjaya Tinggi Kesatuan Eropah berhubung urusan luar negara, Frederica Mogherini berkata bahawa semua pihak yang menandatangani perjanjian nuklear di antara Iran dan kumpulan P5+1 perlu mengekalkan komitmen mereka seperti yang tertulis di dalam perjanjian itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pesuruhjaya Tinggi Kesatuan Eropah berhubung urusan luar negara, Frederica Mogherini berkata bahawa semua pihak yang menandatangani perjanjian nuklear di antara Iran dan kumpulan P5+1 perlu mengekalkan komitmen mereka seperti yang tertulis di dalam perjanjian itu.

Mohgerini membuat kenyataan itu sempena hari ulang tahun ke-2 termeterainya perjanjian tersebut yang turut dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA). Perjanjian itu dipersetujui di antara Iran dan negara anggota kumpulan P5+1 -Amerika Syarikat, Perancis, China, Rusia, Britain dan Jerman- pada 14 Julai 2015.

Beliau menyifatkan JCPOA sebagai sebuah "pencapaian bersejarah" di dalam memastikan kestabilan dan keselamatan di rantau Timur Tengah dan di seluruh dunia. "Sebuah kejayaan bagi diplomasi multilateral yang terbukti berfungsi serta mendatangkan hasil," katanya.

Iran dan lima negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB serta Jerman mula menguatkuasakan JCPOA pada 16 Januari 2016.

Di bawah perjanjian itu, Iran bersetuju untuk mengenakan kekangan ke atas aktiviti nuklear mereka dan sebagai ganti kesemua sekatan berhubung dengan program nuklear Tehran akan dimansuhkan oleh A.S dan sekutunya.

Majlis Keselamatan kemudiannya mengundi untuk meluluskan sebuah resolusi yang secara efektifnya menukarkan JCPOA kepada sebuah undang-undang antarabangsa. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram