Moscow Ikrar TIndak Balas Terhadap Pengusiran Diplomatnya

Moscow Ikrar TIndak Balas Terhadap Pengusiran Diplomatnya

Poland, Lithuania, Latvia, Estonia, Jerman, Perancis, Denmark, Ukraine, Republik Czech, Belanda, Perancis, Itali, Kanada, Romania, Finland, Croatia, Albania, Sweden, Sepanyol dan A.S telah mengambil keputusan untuk mengusir diplomat Rusia di negara mereka berhubung kes Skripal.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Poland, Lithuania, Latvia, Estonia, Jerman, Perancis, Denmark, Ukraine, Republik Czech, Belanda, Perancis, Itali, Kanada, Romania, Finland, Croatia, Albania, Sweden, Sepanyol dan A.S telah mengambil keputusan untuk mengusir diplomat Rusia di negara mereka berhubung kes Skripal.

"Kami menyuarakan protes yang keras terhadap keputusan yang diambil oleh beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) dan NATO untuk mengusir para diplomat Rusia. Akan ada tindak balas serupa daripada pihak kami. Kami akan menelitinya pada beberapa hari yang mendatang dan memberikan respon kami terhadap setiap negara ... Kami menganggap langkah ini sebagai tidak mesra dan tidak membantu serta menyumbang kepada usaha mencari penyebab dan dalang di dalam insiden yang berlaku pada 4 Mac lepas di Salisbury, " kata Kementerian Luar Rusia dalam satu kenyataan.

Austria Buka Ruang Untuk Dialog

Austria dilaporkan tidak akan mengusir diplomat Rusia, kerana mereka berpendapat bahawa tindakan tersebut akan memastikan saluran sesuai sentiasa terbuka untuk mengadakan dialog dengan Moscow, menurut jurucakap kabinet negara tersebut.

"Kami tidak akan mengambil sebarang langkah di peringkat kebangsaan, kami tidak akan mengusir para diplomat. Sebabnya adalah; kami berhasrat untuk mengadakan dialog terbuka dengan Rusia. Austria adalah negara yang neutral dan seperti jambatan penghubung di antara Timur dan Barat. Tetapi kami menyokong keputusan untuk menarik semula duta besar EU dari Moscow," kata jurucakap kerajaan Austria, Peter Launsky-Tieffenthal.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky