Mungkin Gantung Status Berautonomi

  • News Code : 859155
  • Source : Harian Metro
Brief

Perdana Menteri Sepanyol Mariano Rajoy berkata, dia tidak menolak kemungkinan menggantung status berautonomi Catalonia jika pemimpin rantau itu terus mengancam mengisytiharkan kemerdekaan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Sepanyol Mariano Rajoy berkata, dia tidak menolak kemungkinan menggantung status berautonomi Catalonia jika pemimpin rantau itu terus mengancam mengisytiharkan kemerdekaan.

Dalam temu bual dengan akhbar El Pais semalam, Rajoy berkata: “Saya tidak menolak sebarang kemungkinan. Tetapi saya perlu melakukan apa saja keputusan dicapai pada masa yang sesuai.

“Saya mahu ancaman pengisytiharan kemerdekaan ditarik balik secepat mungkin. Sebaiknya kami tidak mahu mengambil sebarang tindakan drastik.”

Sejak referendum itu diadakan minggu lalu - yang keputusannya didakwa Catalonia menunjukkan majoriti penduduknya mahukan kemerdekaan - pemimpin rantau timur laut Sepanyol yang kaya itu mengancam mengisytiharkan kemerdekaan.

Dalam temu bual itu, Rajoy memberi jaminan kepada pemimpin Catalonia bahawa ‘masih ada masa’ untuk memikirkan semula tindakan mereka dan mengelak tindak balas tegas oleh kerajaan pusat di Madrid.

Dia turut mengakui kesilapan berlaku dalam cara polis menangani referendum berkenaan yang menyaksikan pertempuran antara penunjuk perasaan dan anggota keselamatan.

Bagaimanapun, dia menegaskan kesilapan utama adalah disebabkan tindakan pemimpin Catalonia sendiri yang menggugat kedaulatan kebangsaan.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram