Pelanggan Restoran Makanan Segera Dipaksa Buka Tudung

  • News Code : 870996
  • Source : Sinar Harian
Seorang pelajar berusia 19 tahun dilaporkan menjadi mangsa diskriminasi selepas dipaksa menanggalkan tudung ketika mahu membeli makanan.

Foto: Daily Mail

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pelajar berusia 19 tahun dilaporkan menjadi mangsa diskriminasi selepas dipaksa menanggalkan tudung ketika mahu membeli makanan. 


Menurut laporan Dailymail, mangsa yang tidak mahu didedahkan namanya dilaporkan ditahan anggota keselamatan restoran makanan segera yang terletak di utara London Khamis lalu.

Mangsa diberitahu, tudungnya 'menimbulkan risiko keselamatan'.

Anggota keselamatan dan mangsa kemudian dirakam bertengkar.

Seorang pelanggan tempatan lain yang cuba mendamaikan perkara berkenaan diberitahu 'ini bukan masalah awak' oleh anggota keselamatan tersebut.

Mangsa yang merakam keseluruhan kejadian pula disuruh berhentikan rakaman oleh pekerja restoran lain.

"Ini hak sah saya untuk merakam apa yang sedang terjadi sekarang ini," kata mangsa.

Kata mangsa kepada Guardian, beliau berketurunan Timur Tengah lahir di Britain dan telah menjadi rakyat Britain selama 19 tahun.

"Akhirnya ia berlaku kepada saya, seperti apa yang dialami wanita bertudung lain," kata mangsa dalam satu temu ramah.

Sementara itu, jurucakap restoran makanan segera berkenaan memohon maaf dan mengatakan tiada polisi restoran berkenaan yang melarang pemakaian tudung atau mana-mana persalinan agama.

"Kami mengalu-alukan pelanggan dari semua agama dan memohon maaf kepada mangsa kerana keadaan ini tidak sepatutnya berlaku," kata jurucakap berkenaan.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram