Pemisah Menang Pilihan Raya Catalonia

Pemisah Menang Pilihan Raya Catalonia

Catalonia terus dihimpit ketidaktentuan selepas kumpulan pemisah memenangi pilihan raya awal yang diadakan setelah cubaan untuk keluar dari Sepanyol gagal sekali gus mencetuskan krisis politik paling buruk di negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Catalonia terus dihimpit ketidaktentuan selepas kumpulan pemisah memenangi pilihan raya awal yang diadakan setelah cubaan untuk keluar dari Sepanyol gagal sekali gus mencetuskan krisis politik paling buruk di negara itu.

Melalui jumlah pengundi yang keluar mengundi mencapai peratus tertinggi iaitu 82 peratus, pilihan raya semalam menyaksikan mandat kepemimpinan wilayah itu diserahkan kembali kepada barisan pemimpin pemisah yang berkempen dari negara buangan dan penjara.

Parti Ciudadanos yang antipenyokong pemisahan meraih kemenangan besar melalui persaingan individu iaitu 37 kerusi daripada 135 kerusi di Parlimen wilayah itu.

Jika tiga parti penyokong pemisahan mencapai kata sepakat untuk bekerjasama dalam tempoh akan datang, mereka akan memimpin Catalonia melalui kemenangan 70 kerusi, kurang dua kerusi daripada jangkaan mereka.

Sementara itu bagi penduduk Catalonia daripada kedua-dua belah pihak, ini merupakan detik penentuan selepas berminggu-ming­gu melalui situasi bergolak dan tun­juk perasaan yang tidak pernah dilihat sejak demokrasi dilaksanakan berikutan kematian diktator, Francisco Franco pada 1975.

Pihak pemisah melihat keputusan undian itu telah membuktikan punca tuntutan kemerdekaan mereka.

“Ini merupakan keputusan yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa,” kata pemimpin yang digulingkan, Carles Puigdemont dari Belgium.

Katanya, Sepanyol telah dika­lahkan dan Perdana Menteri Se­pa­nyol, Mariano Rajoy dan sekutunya telah kalah.

Pakar analisis politik, Antonio Barroso berkata, Parti Rakyat (PP) pimpinan Rajoy kalah teruk de­ngan hanya memenangi tiga kerusi.

“Walau bagaimanapun apakah makna kejayaan kumpulan pemisah jika dilaksanakan, masih kekal misteri,” katanya.

Menurut beliau, masih belum jelas sama ada Puigdemont boleh dilantik semula kerana beliau akan ditahan jika kembali ke Sepanyol.

Justeru proses penyerahan kuasa itu akan melalui pelbagai liku dan risiko untuk pilihan raya baharu pada tahun depan masih tinggi.

Tambah beliau, tahun depan juga merupakan tahun yang akan menentukan sama ada Rajoy akan kekal memerintah untuk sepenggal penuh. – AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram