Penunjuk Perasaan Kecam Pelan Lawatan Netanyahu Ke Paris

  • News Code : 842469
  • Source : ABNA24
Brief

Para aktivis Perancis telah melancarkan protes ke atas pelan lawatan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke Paris. Mereka mengecam pencabulan hak asasi manusia yang dibuat di bawah pentadbiran Bibi di seluruh kawasan jajahan rejim di wilayah Palestin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Para aktivis Perancis telah melancarkan protes ke atas pelan lawatan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke Paris. Mereka mengecam pencabulan hak asasi manusia yang dibuat di bawah pentadbiran Bibi di seluruh kawasan jajahan rejim di wilayah Palestin.

Para penunjuk perasaan pada hari Sabtu berkumpul di hadapan dataran Place de la Republique yang terletak di Paris dengan membawa potret Netanyahu dengan tulisan dalam bahasa Perancis yang bererti "fasis", "pembunuh," "perkauman" dan "tukang seksa."

Para aktivis juga melaungkan slogan yang mengutuk tindakan rejim Israel yang secara berterusan meluluskan pembinaan penempatan haram di wilayah jajahan mereka di Palestin dan sekatan yang mereka kenakan ke atas Gaza.

Presiden Emanuelle Macron sebelum ini menjemput Netanyahu untuk melawat Perancis,

Ketika berucap di hadapan para peserta, presiden pertubuhan EuroPalestine, Olivia Zemor mengecam Macron kerana membentang permaidani merah bagi seorang "penjenayah, penyiksa dan pencuri tanah yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia yang mana kesemua ini sangat memalukan." -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram