Penyokong Kelab Bola Sepak Greece Serang Peserta Perarakan Maulid Nabi

  • News Code : 869469
  • Source : ABNA24
Brief

Sekitar 800 orang daripada komuniti Pakistan yang sedang meraikan hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.A.W di salah sebuah medan yang terletak di bandar Athens ketika mereka diserang oleh para penyokong kelab bola sepak tempatan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekitar 800 orang daripada komuniti Pakistan yang sedang meraikan hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.A.W di salah sebuah medan yang terletak di bandar Athens ketika mereka diserang oleh para penyokong kelab bola sepak tempatan.

Para penyokong kelab bola sepak Thessaloniki PAOK dilaporkan sedang berjalan menuju ke sebuah permainan bola sepak ketika bertembung dengan kaum Muslim Pakistan.

Pergaduhan mula tercetus apabula para penyokong kelab bola sepak itu mula menghina dan menyerang peserta perarakan memperingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.A.W.

Pihak keselamatan dilaporkan terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan peralatan lain untuk meleraikan kedua-dua kumpulan itu. Akan tetapi, tiada penahanan dilaporkan dibuat oleh pihak berkuasa berhubung insiden itu.

Klip video yang dirakamkan ketika insiden tersebut turut menunjukkan para penyokong pasukan bola sepak tempatan itu memijak bendera-bendera yang dibawa oleh peserta perarakan yang sibuk mempertahankan diri mereka sendiri.

Kaum Muslim menganggap penting hari kelahiran Nabi S.A.A.W yang mana kehadiran baginda menurut ajaran Islam merupakan rahmat buat sekalian alam. -ABNA24

/315


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram