Perjanjian Nuklear Iran Hasil Kerjasama Kolektif Dunia: EU

  • News Code : 843224
  • Source : ABNA24
Brief

Pesuruhjaya Tinggi Kesatuan Eropah berhubung urusan luar negara, Frederica Mogherini berkata bahawa perjanjian nulear di antara Iran dan negara anggota kumpulan P5+1 adalah hasil daripada "kerjasama kolektif" pihak yang terlibat sambil menekankan bahawa perjanjian tersebut dimiliki oleh masyarakat dunia dan bukan sekadar negara-negara yang menandatanganinya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pesuruhjaya Tinggi Kesatuan Eropah berhubung urusan luar negara, Frederica Mogherini berkata bahawa perjanjian nulear di antara Iran dan negara anggota kumpulan P5+1 adalah hasil daripada "kerjasama kolektif" pihak yang terlibat sambil menekankan bahawa perjanjian tersebut dimiliki oleh masyarakat dunia dan bukan sekadar negara-negara yang menandatanganinya.

"Dua tahun selepas perjanjian dengan Iran itu ditandatangani, kita melihat dan menghirup persekitaran yang berbeza di dalam urusan global. Tanggungjawab kolektif yang memungkinan perjanjian ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicari ataupun dibina," kata Frederica Mogherini pada hari Rabu.

"Perjanjian itu tidak sekadar dimiliki oleh pihak yang terlibat di dalam pembikinannya. Sepastinya perjanjian tiu tidak dimiliki oleh satu atau dua negara semata-mata. Perjanjian itu dimiliki oleh masyarakat dunia secara keseluruhan. Perjanjian itu telah menjadikan rantau (terbabit) dan seluruh dunia lebih selamat," tambahnya.

Iran dan lima negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB serta Jerman mula menguatkuasakan JCPOA pada 16 Januari 2016.

Di bawah perjanjian itu, Iran bersetuju untuk mengenakan kekangan ke atas aktiviti nuklear mereka dan sebagai ganti kesemua sekatan berhubung dengan program nuklear Tehran akan dimansuhkan oleh A.S dan sekutunya.

Majlis Keselamatan kemudiannya mengundi untuk meluluskan sebuah resolusi yang secara efektifnya menukarkan JCPOA kepada sebuah undang-undang antarabangsa. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram