Polis Bertindak Keras Ke Atas Warga Catalonia

  • News Code : 857632
  • Source : Media
Brief

Polis anti-rusuhan Sepanyol menyerbu masuk ke dalam bilik pembuangan undi di beberapa lokasi yang terletak di wilayah Catalonia pada hari Ahad sebelum merampas peti undi dan kertas undi bagi sebuah referendum pemisahan wilayah tersebut daripada Sepanyol.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Polis anti-rusuhan Sepanyol menyerbu masuk ke dalam bilik pembuangan undi di beberapa lokasi yang terletak di wilayah Catalonia pada hari Ahad sebelum merampas peti undi dan kertas undi bagi sebuah referendum pemisahan wilayah tersebut daripada Sepanyol.

Pungutan suara itu diadakan bagi membolehkan Catalonia mendapatkan kemerdekaan dari Sepanyol, namun ia dianggap tidak sah oleh pentadbiran pusat di Madrid.

Para pegawai Catalonia berkata bahawa sekitar 337 orang telah dilaporkan mengalami kecederaan susulan daripada tindakan kekerasan yang dilancarkan oleh pihak berkuasa persekutuan. Polis dengan pakaian anti-rusuhan dilaporkan menggunakan kayu baton untuk memukul orang ramai dan menyuraikan bakal pengundi dari lokasi pembuangan undi. Di antara mereka yang yang menjadi mangsa kekerasan pihak polis adalah para wanita dan warga emas.

Di sebalik tindakan keras Madrid, warga awam terus menunggu dan membentuk barisan untuk membuang undi di pelbagai lokasi yang lain di dalam wilayah utara Sepanyol itu.

Referendum itu walau bagaimanapun tidak mempunyai sebarang nilai perundangan memandangkan Mahkamah Perlembagaan Sepanyol telahpun menghalangnya sebelum ini kerana bertentangan dengan perlembagaan tahun 1978.

"Saya gembira kerana di sebalik halangan yang mereka bina, saya tetap mampu membuang undi," kata Teresa seorang pesara yang berusia 72 tahun. Dia berdiri selama 6 jam untuk membuang undinya.

Sekitar 70 pusat pembuangan undi telah diserbu olhe pihak berkuasa, kata Menteri Dalam Negeri Sepanyol, Juan Ignacio Zoido.

Tujuan serbuan itu adalah untuk merampas bahan yang berkaitan dengan referendum itu dan bukan bertujuan untuk menyasarkan mereka yang ingin membuang undi, kata seorang lagi pegawai kanan Madrid.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Sepanyol, Soraya Saenz de Santamaría, pihak polis bertindak dengan cara yang sesuai. -ABNA24

/315


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram