Putin Anggap Serangan A.S Ke Atas Syria Sebagai Tindakan Kekerasan Ke Atas Negara Berdaulat

Putin Anggap Serangan A.S Ke Atas Syria Sebagai Tindakan Kekerasan Ke Atas Negara Berdaulat

Serangan peluru berpandu Amerika Syarikat ke atas pangkalan udara Syria mencabul undang-undang antarabangsa dan melambangkan tindakan kekerasan sebuah kuasa ke atas negara berdaulat yang lain dengan menggunakan alasan yang tidak munasabah, kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov pada hari Jumaat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Serangan peluru berpandu Amerika Syarikat ke atas pangkalan udara Syria mencabul undang-undang antarabangsa dan melambangkan tindakan kekerasan sebuah kuasa ke atas negara berdaulat yang lain dengan menggunakan alasan yang tidak munasabah, kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov pada hari Jumaat.

"Presiden Putin menganggap serangan A.S ke atas Syria sebagai sebuah tindakan kekerasan ke atas sebuah negara berdaulat sekaligus mencabul norma-norma undang-undang antarabangsa. Perkara ini dilakukan di bawah alasan yang diperbesar-besarkan," kata Peskov kepada para pemberita.

Putin juga melihat serangan itu sebagai sebuah usaha Washington untuk mengalihkan perhatian dunia daripada kematian warga awam di Mosul akibat daripada pengeboman mereka sendiri, tambah Kremlin.

Organisasi berhubung Pelarangan Senjata Kimia (OPCW) sebelum ini turut mengesahkan bahawa angkatan tentera Syria tidak lagi memiliki sebarang senjata kimia, kata Peskov yang turut mempertikaikan tindakan kuasa Barat yang tidak mengendahkan penggunaan senjata terlarang itu daripada pihak militan.

"Fakta yang ada ialah OPCW telah merekod dan mengesahkan pemusnahan kesemua senjata kimia milik Syria," kata Peskov.

"Di dalam masa yang sama, Putin berpendapat bahawa tindakan tidak mengendahkan penggunaan senjata kimia oleh kumpulan pengganas hanya akan meningkatkan ketegangan secara drastik," katanya lagi.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky