Putin Arah Tembak Jatuh Pesawat

Putin Arah Tembak Jatuh Pesawat

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan tembak jatuh sebuah pesawat yang didakwa menyasarkan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Sochi pada 2014.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan tembak jatuh sebuah pesawat yang didakwa menyasarkan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Sochi pada 2014.

"Saya dimaklumkan sebuah pesawat dalam perjalanan dari Ukraine ke Istanbul telah dirampas, dalang rampasan itu membuat permintaan untuk mendarat di Sochi," katanya dalam dokumentari berjudul 'Putin' yang disiarkan, semalam.

Menerusi program itu, Putin memberitahu wartawan, Andrey Kondrashov bahawa beliau menerima panggilan telefon daripada pegawai keselamatan yang bertanggungjawab untuk Sukan Olimpik tersebut pada 7 Februari 2014 beberapa jam sebelum majlis pembukaan temasya tersebut.

Menurut presiden tersebut, juruterbang pesawat Pegasus Airlines mendakwa salah seorang penumpang membawa alat letupan dan meminta pesawat mengubah laluan ke Sochi di mana kira-kira 40,000 pengunjung berkumpul untuk menyaksikan acara perasmian sukan berprestij terbabit.

"Penasihat keselamatan memberitahu pelan kecemasan untuk situasi seperti itu adalah menembak jatuh pesawat tersebut. Saya mengarahkan mereka supaya bertindak mengikut rancangan tersebut," ujarnya lagi.

Putin berkata, beberapa minit selepas itu, beliau diberitahu insiden itu adalah satu amaran palsu dan penumpang tersebut dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

Difahamkan, kenyataan dibuat dalam dokumentari itu turut disahkan jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov. - Press TV


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky