Ratu Elizabeth Tandatangani Rang Undang-Undang Brexit

  • News Code : 818200
  • Source : ABNA24
Brief

Permaisuri Britain telah memberikan kuasa kepada Perdana Menteri Theresa May untuk memulakan proses mengeluarkan negara itu daripada Kesatuan Eropah (EU). Beliau berbuat demikian dengan menandatangani Rang Undang-Undang Brexit.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Permaisuri Britain telah memberikan kuasa kepada Perdana Menteri Theresa May untuk memulakan proses mengeluarkan negara itu daripada Kesatuan Eropah (EU). Beliau berbuat demikian dengan menandatangani Rang Undang-Undang Brexit.

Speaker Dewan Rakyat, John Bercow mengumumkan pada hari Khamis Rang Undang-Undang (Pemberitahuan Pengeluaran daripada) EU telah mendapat perkenan di-raja daripada Ratu Elizabeth ke-dua.

Rang undang-undang yang sebelum ini diluluskan oleh Parlimen pada hari Isnin lepas membenarkan perdana menteri negara itu untuk memaklumkan Brussels bahawa UK akan meninggalkan EU melalui proses perundingan yang dijangka memakan tempoh 2 tahun.

May dijangka akan melanksanakan rang undang-undang itu pada minggu terakhir bulan Mac ini. EU kemudiannya akan mengeluarkan sebuah maklum balas rasmi kepada notifikasi Artikel 50 yang dibuat oleh May.

Para pemimpin EU sebelum ini telah memberikan amaran tentang kerumitan rundingan tersebut. Pada minggu lepas, Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker berkata bahawa beliau berharap referendum Brexit boleh diterbalikkan suatu hari nanti.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram