Ratusan Peserta Tunjuk Perasaan Bantah Trump Di Paris

Ratusan Peserta Tunjuk Perasaan Bantah Trump Di Paris

Ratusan penunjuk perasaan dilaporkan turun padang melakukan demonstrasi bantahan secara aman di ibu kota Perancis, Paris, semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ratusan penunjuk perasaan dilaporkan turun padang melakukan demonstrasi bantahan secara aman di ibu kota Perancis, Paris, semalam.

Memetik laporan antarabangsa, ia bagi menunjukkan bantahan kepada pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk memindahkan kedutaan negara itu daripada Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Pengisytiharan tersebut disifatkan bertentangan dengan resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel juga dilihat sebagai satu cubaan menafikan kewujudan dan hak asasi rakyat Palestin.

Perhimpunan itu pada mulanya dirancang diadakan di kedutaan Amerika Syarikat di Paris namun pihak polis memberikan mereka lokasi pilihan lain.

Namun pihak penganjur berkeras dan akhirnya perhimpunan itu berlangsung sekitar di Place De Chatelet di pusat bandar Paris.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram