Rusia Anggap Sebarang Sekatan Baru A.S Sebagai "Pengisyhtiharan Perang Ekonomi"

Rusia Anggap Sebarang Sekatan Baru A.S Sebagai

Perdana Menteri Russia, Dmitry Medvedev, berkata Moscow akan menilai sebarang sekatan baru oleh Amerika Syarikat sebagai "perisytiharan perang ekonomi" Washington ke atas mereka dan akan membalas secara selari kepada perkara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Russia, Dmitry Medvedev, berkata Moscow akan menilai sebarang sekatan baru oleh Amerika Syarikat sebagai "perisytiharan perang ekonomi" Washington ke atas mereka dan akan membalas secara selari kepada perkara itu.

Amerika Syarikat pada hari Rabu telah mengumumkan sekatan terkini tidak lama selepas sebuah draf undang-undang berasingan diperkenalkan pada minggu lepas yang mencadangkan pengurangan operasi beberapa buah bank milik negara Rusia yang beroperasi di A.S dan sekatan terhadap penggunaan dolar oleh mereka.

Bercakap kepada pemberita semasa lawatan ke Semenanjung Kamchatka di Timur Jauh Rusia pada hari Khamis, Perdana Menteri Rusia berkata bahawa negaranya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang sekatan terhadap institusi kewangannya.

"Saya tidak akan membuat sebarang komen terhadap perbincangan yang wujud berhubung sekatan baru pada masa hadapan. Akan tetapi, saya boleh mengatakan satu perkara (dengan pasti): Jika perkara itu melibatkan sesuatu seperti pengharaman ke atas operasi bank (milik Rusia)... mungkin (seseorang boleh) secara langsung memanggilnya sebagai perisytiharan perang ekonomi," kata Medvedev.

"Dan adalah perlu ... untuk bertindak balas terhadap perang ini (di dalam pelbagai lapangan termasuk) ekonomi, politik, atau, jika diperlukan, dengan cara lain," katanya. "Dan rakan-rakan (kita di) Amerika Syarikat perlu memahami (betapa seriusnya) perkara ini."

Amaran itu datang sehari selepas Jabatan Negara Amerika Syarikat mengumumkan pusingan baru dalam siri sekatan mereka terhadap Rusia berikutan apa yang didakwa Washington sebagai serangan ejen saraf terhadap bekas ejen bermuka dua Rusia, Sergey Skripal dan anak perempuannya di U.K. Rusia dituduh menjadi dalang kepada insiden itu dan Moscow walaubagaimanapun menafikan secarat mutlak penglibatan mereka di dalam jenayah tersebut.

Medvedev berkata Moscow akan mengambil tindakan balas di dalam lapangan ekonomi, politik atau lain-lain terhadap Amerika Syarikat jika Washington mula menyasarkan bank-bank Rusia yang dimaksudkan.

Washington dan London telah berulang kali menuduh Moscow merancang serangan itu dengan menggunakan ejen saraf buatan Rusia yang dikenali sebagai Novichok.

Amerika Syarikat telah memperkenalkan beberapa siri sekatan terhadap pentadbiran Presiden Rusia, Vladimir Putin atas apa yang didakwa mereka sebagai campur tangan Rusia dalam proses demokrasi A.S dan penglibatan Moscow di dalam konflik Ukraine. Kremlin dengan tegas menafikan tuduhan-tuduhan tersebut.

Ahli Parlimen Amerika Syarikat Bawa Rang Undang-Undang Sekatan Dari 'Neraka'

Sekumpulan senator bipartisan daripada parti Republikan dan Demokrat di Kongres Amerika Syarikat pada awal bulan ini telah mencadangkan draf undang-undang untuk mengenakan tindakan lanjut terhadap Rusia, termasuk sekatan terhadap beberapa buah bank milik negara tersebut dan mengekang penggunaan dolar A.S oleh mereka.

Antara senator yang terlibat di dalam langkah itu ialah Lindsay Graham, seorang anggota Parti Republikan yang mengatakan bahawa para penyokong rang undang-undang itu mahu "mengenakan sekatan yang bersifat destruktif dan langkah-langkah lain terhadap Rusia (di bawah) Putin sehingga beliau berhenti dan tidak lagi mahu campur tangan dalam proses pilihan raya Amerika Syarikat, menahan serangan siber ke atas infrastruktur milik A.S, menarik keluar Rusia dari Ukraine, dan menghentikan usaha untuk mewujudkan huru hara di Syria."

Graham juga memanggil draf undang-undang sebagai "rang undang-undang sekatan dari neraka."

Sekatan terbaru A.S yang diumumkan pada hari Rabu lepas merangkumi lesen eksport teknologi sensitif milik A.S dan peralatan perindustrian seperti peralatan elektronik, instrumen kalibrasi, dan enjin gas turbin ke Rusia dijangka akan berkuatkuasa sekitar 22 Ogos ini.

Washington juga dilaporkan akan melaksanakan langkah kedua yang mungkin memiliki kesan yang lebih meluas jika Moscow gagal memberikan "jaminan yang boleh dipercayai" bahawa ia tidak akan lagi menggunakan senjata kimia di samping akur kepada kepada beberapa siri tuntutan A.S yang lain. Moscow diberikan tempoh 90 hari untuk melaksanakan semua tuntutan tersebut.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov sementara itu telah memanggil sekatan baru tersebut sebagai sesuatu yang "tidak dapat diterima" dan "menyalahi undang-undang."

Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova juga telah memanggil sekatan itu sebagai sebuah percubaan untuk "menyerang" Rusia sambil menjanjikan respon daripada Kremlin.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky