Rusia Jawab Tuduhan A.S Berhubung Isu Balkan

  • News Code : 846540
  • Source : ABNA24
Brief

Rusia mengkritik A.S berikutan dakwaan terbaharu Washington bahawa Moscow berusaha untuk memisahkan rantau Balkan daripada Barat. Rusia juga berkata bahawa tuduhan sedemikian mendedahkan mentaliti 'kuno' Perang Dingin yang menguasai Washington.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia mengkritik A.S berikutan dakwaan terbaharu Washington bahawa Moscow berusaha untuk memisahkan rantau Balkan daripada Barat. Rusia juga berkata bahawa tuduhan sedemikian mendedahkan mentaliti 'kuno' Perang Dingin yang menguasai Washington.

"Amat dikesali untuk (kami) ketahui bahawa Washington semakin terjerebak ke dalam pemikiran kuno era Perang Dingin yang sepenuhnya terpisah daripada realiti," kata Kementerian Luar Rusia pada hari Khamis.

Komen itu dibuat sebagai reaksi terhadap dakwaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden A.S, Mike Pence pada hari Rabu.

Pence pada hari Rabu mengkritik Moscow kerana menggunakan polisi yang menurutnya mengganggu kestabilan rantau tersebut sekaligus tidak boleh diterima oleh Washington. Beliau melemparkan tuduhan itu ketika singgah ke Montenegro di dalam siri lawatannya ke Eropah Timur.

"Seperti yang kalian ketahui, Rusia terus berusaha untuk melakar sempada dunia dengan kekerasan dan di dalam konteks ini di antara Barat dan Balkan," katanya di dalam persidangan yang turut dihadiri oleh para pemimpin NATO.

"Kami benar-benar percaya bahawa masa hadapan Barat Balkan adalah bersama Barat," katanya kepada para wartawan. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram