Rusia, Jerman Kekal Komited Terhadap JCPOA

Rusia, Jerman Kekal Komited Terhadap JCPOA

Presiden Russia, Vladimir Putin dan Canselor Jerman, Angela Merkel mengesahkan komitmen mereka untuk meneruskan perjanjian nuklear nuklear Iran tahun 2015 walaupun A.S sebelum ini bertindak meninggalkan perjanjian yang antarabangsa itu, kata Kremlin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Russia, Vladimir Putin dan Canselor Jerman, Angela Merkel mengesahkan komitmen mereka untuk meneruskan perjanjian nuklear nuklear Iran tahun 2015 walaupun A.S sebelum ini bertindak meninggalkan perjanjian yang antarabangsa itu, kata Kremlin.

Kedua-dua pemimpin Persekutuan Rusia dan Jerman pada hari Jumaat semalam berbual melalui panggilan telefon iaitu beberapa hari selepas Presiden A.S, Donald Trump menentang bertindak untuk tidak menghiraukan protes dan lobi terakhir oleh sekutu Eropah mereka dan secara sepihak memutuskan untuk menarik diri dari kesepakatan nuklear bersejarah itu. Perjanjian itu secara rasminya dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA). A.S turut bertindak mengenakan sekatan baru ke Tehran selepas pengumuman oleh Rumah Putih.

"Saya mengumumkan pada hari ini mengumumkan bahawa Amerika Syarikat akan menarik diri dari perjanjian nuklear Iran," kata Trump pada hari Selasa dalam sebuah ucapan televisyen yang dibuat secara langsung dari Rumah Putihe. "Ini adalah satu perjanjian berat sebelah yang tidak pernah wujud atau pernah dibuat."

Semasa sidang akhbar pada hari Khamis lepas dengan rakan sejawatannya yang melawat Jerman, Heiko Maas, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov mengecam penarikan diri Amerika Syarikat daripada perjanjian nuklear tahun 2015 itu sambil mengingatkan bahawa tindakan itu merupakan pencabulan "kritikal" terhadap resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang sebelum ini mengesahkan dokumen antarabangsa tersebut.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram