Rusia Lancarkan Ujian Peluru Berpandu Moden

Rusia Lancarkan Ujian Peluru Berpandu Moden

Rusia telah melancarkan beberapa perluru berpandu balistik dari "tanah, udara dan laut" sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan yang turut melibatkan pasukan strategik negara itu, kata Kementerian Pertahanan Rusia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia telah melancarkan beberapa perluru berpandu balistik dari "tanah, udara dan laut" sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan yang turut melibatkan pasukan strategik negara itu, kata Kementerian Pertahanan Rusia.

Menurut sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Rusia pada hari Khamis, sebuah peluru berpandu balistik TOPOL - salah sebuah sistem persenjataan tercanggih milik Rusia- telah dilancarkan pada awal hari tersebut dari lapangan ujian Plesetsk yang terletak di barat laut negara itu sebelum mengenai sasaran yang ditetapkan di lapangan ujian Kura.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa dua buah kapal selam berkuasa nuklear (SSBN) milik angkatan laut mereka telah melancarkan tiga buah peluru berpandu balistik -- dua daripada Armada Pasifik yang berpusat di Laut Okhotsk dan sebuah lagi daripada Armada Utara Rusia yang ditempatkan di Laut Barents. Kesemua peluru berpandu tersebut mengenai sasaran yang telah ditetapkan.

Kementerian itu turut mengatakan bahawa beberapa pesawat pengebom strategik Rusia iaitu Tupolev-160, Tupolev-85MS dan Tupolev-22MZ turut dikerahkan di dalam latihan itu. Pesawat-pesawat itu melancarkan peluru berpandu kruiser ke arah sasaran yang ditetapkan.

"Setiap objektif latihan itu telah dicapai secara keseluruhannya," baca kenyataan itu.

Rusia pada bulan lepas berjaya melancarkan peluru berpandu TOPOL yang baru dilengkapkan dengan kepala peledak yang dinaiktaraf di dalam sebuah ujian tembakan yang berjaya dilaksanakan dengan baik. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram