Rusia Panggil Duta Israel Berhubung Serangan Udara Rejim Ke Atas Tentera Syria

  • News Code : 818482
  • Source : ABNA24
Brief

Rusia memanggil Duta Besar Israel ke Moscow untuk mendapatkan penjelasan berhubung tindakan pesawat tempur Tel Aviv mencerobohi ruang angkasa Syria sebelum melancarkan beberapa serangan udara di wilayah negara Arab itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia memanggil Duta Besar Israel ke Moscow untuk mendapatkan penjelasan berhubung tindakan pesawat tempur Tel Aviv mencerobohi ruang angkasa Syria sebelum melancarkan beberapa serangan udara di wilayah negara Arab itu.

Menurut media Israel, Duta Besar negara itu ke Moscow, Gary Koren diapnggil oleh Kementerian Luar Rusia pada hari Jumaat iaitu sehari selepas dia menyerahkan surat tauliah kepada Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin.

Pada hari Jumaat, tentera Syria telah mengumumkan bahawa pesawat-pesawat tempur Israel telah mencerobohi ruang angkasa mereka menerusi wilayah Lubnan sebelum menyasarkan sebuah sasaran ketenteraan di negara Arab itu. Menurut kenyataan itu, Tentera Arab Syria juga berjaya menembak jatuh salah sebuah pesawat daripada tempur tersebut.

Rejim Israel dilaporkan telah melancarkan beberapa serangan udara ke atas posisi ketenteraan di Syria sebelum ini. Akan tetapi, jarang sekali mereka mengaku bertanggungjawab ke atas tindakan pencerobohan itu. Berbeza dengan pendekatan itu, pada hari Jumaat yang sama, pihak tentera rejim telah membuat kenyataan bahawa mereka telah melancarkan beberapa serangan udara di wilayah Syria.

Di dalam usaha untuk memerikan justifikasi ke atas tindakan pencerobohan terang-terangan itu, perdana menteri rejim, Netanyahu mendakwa bahawa pihak tentera Tel Aviv telah menyasarkan sebuah konvoi Hizbullah di Syria.

Tentera Syria menambah di dalam kenyataan mereka dengan mengatakan bahawa serangan Israel sebenarnya disasarkan ke atas sebuah kedudukan tentera Damsyik untuk melemahkan mereka dalam pertempuran menentang kumpulan Takfiri Daesh.

Serangan Israel adalah sebuah "percubaan terdesak mereka untuk menaikkan semangat (pengganas Daesh) yang sedia melemah dan mengalihkan perhatian (pihak tertentu) daripada melihat kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Tentera Arab Syria dalam memerangi kumpulan-kumpulan pengganas," katanya.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram