Rusia Selamatkan Industri Pertahanan Crimea Daripada Krisis

  • News Code : 818515
  • Source : ABNA24
Brief

Pihak berkuasa Rusia dilaporkan berjaya menyelamatkan industri pertahanan Crimea daripada krisis kewangan sepanjang tempoh 2 tahun yang lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Rusia, Dmitry Rogozin pada hari Jumaat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa Rusia dilaporkan berjaya menyelamatkan industri pertahanan Crimea daripada krisis kewangan sepanjang tempoh 2 tahun yang lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Rusia, Dmitry Rogozin pada hari Jumaat.

Rogozin berkata berkata bahawa industri pertahanan Crimea kini mempunyai banyak kontrak dan prospek yang cemerlang.

"Di dalam tempoh 2 tahun, kami berjaya mengeluarkan mereka daripada krisis tersebut," kata Rogozin lagi.

Pada hari Jumaat semalam, Timbalan Menteri Pertahanan Rusia, Yury Borisov juga berkata bahawa kontrak kerajaan kepada industri pertahanan Crimea juga melebihi USD 171 juta.

Crimea kembali menyertai Rusia pada awal tahun 2014 selepas referendum yang diadakan pada 16 Mac. Referendum itu menyaksikan bahawa hampir 97 peratus penduduk Crimea -yang layak mengundi- telah mengundi untuk memastikan wilayah itu kembali ke Persekutuan Rusia.

Keputusan untuk menganjurkan referendum itu dibuat selepas sebuah rampasan kuasa berjaya menjatuhkan kerajaan sah di Kiev. Kiev sehingga hari ini menganggap Crimea sebagai sebuah wilayah yang diduduki.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram