Russia Dijangka Usir Diplomat Britain

Russia Dijangka Usir Diplomat Britain

Moscow akan mengusir diplomat Britain sebagai tindak balas terhadap tindakan London menghalau 23 pegawai Russia di negara itu susulan kes racun ejen risikan Sergei Skripal, kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Moscow akan mengusir diplomat Britain sebagai tindak balas terhadap tindakan London menghalau 23 pegawai Russia di negara itu susulan kes racun ejen risikan Sergei Skripal, kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.

"Sudah pasti kita akan melakukannya," kata Lavrov kepada pemberita ketika ditanya sama ada Moscow akan bertindak balas terhadap pengusiran diplomat Russia yang diumumkan Perdana Menteri British, Theresa May.

Lavrov berkata demikian ketika di ibu negara Kazakhstan, Astana untuk rundingan Syria bersama Menteri Luar Iran dan Turki.

Khamis lalu, Menteri Luar Russia itu berkata, Moscow akan bertindak balas dengan mengusir diplomat British 'tidak lama lagi'.

Katanya, Russia tidak motif untuk menyasarkan Skripal, namun mencadangkan ada pihak lain menggunakan racun itu untuk menimbulkan masalah penganjuran Piala Dunia. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky