Russia Usir 23 Diplomat British

Russia Usir 23 Diplomat British

Russia mengusir 23 diplomat British hari ini dalam tindak balas teliti terhadap London, selepas menuduh Kremlin menyusun serangan agen saraf terhadap bekas ejen Russia dan anak perempuannya di selatan England.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Russia mengusir 23 diplomat British hari ini dalam tindak balas teliti terhadap London, selepas menuduh Kremlin menyusun serangan agen saraf terhadap bekas ejen Russia dan anak perempuannya di selatan England.

Berikutan krisis hubungan yang meruncing itu, Russia berkata ia turut menyekat kegiatan di British Council, yang memupuk hubungan budaya antara kedua-dua negara dan konsulat jeneral Britain di St Petersburg.

Kementerian Luar Russia berkata, ia memberi 23 diplomat British tempoh satu minggu untuk meninggalkan negara itu.

Tindakan yang dikatakan lebih tegas daripada yang dijangkakan itu, dibuat susulan keputusan Britain Khamis lalu untuk mengusir 23 diplomat Russia atas serangan racun di bandar Salisbury, England yang menyebabkan bekas perisik Russia, Sergei Skripal, 66, dan anak perempuannya, Yulia Skripal, 33 kritikal.

Moscow mengumumkan langkah itu pada malam sebelum pilihan raya presiden yang mana penyandangnya, Vladimir Putin dijangka akan menang selesa. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky