Russia Usir 60 Diplomat A.S, Tutup Konsulat

Russia Usir 60 Diplomat A.S, Tutup Konsulat

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, semalam berkata Moscow akan mengusir 60 diplomat Amerika Syarikat dan menutup konsulatnya di Saint Petersburg bagi membalas tindakan sama dilakukan negara itu berhubung kes racun bekas pengintip Kremlin, Sergei Skripal.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, semalam berkata Moscow akan mengusir 60 diplomat Amerika Syarikat dan menutup konsulatnya di Saint Petersburg bagi membalas tindakan sama dilakukan negara itu berhubung kes racun bekas pengintip Kremlin, Sergei Skripal.

Lavrov berkata, Duta A.S sudah dimaklumkan berhubung tindak balas diplomatik itu, berkata ia 'termasuk pengusiran ramai diplomat dan keputusan menarik balik kebenaran beroperasi kepada konsulat AS di Saint Petersburg'.

Washington, sebelum ini mengarahkan pengusiran diplomat dan menutup konsulat Russia di Seattle. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky