Sepanyol Sedia Lakukan Apa Sahaja Elak Perpecahan

  • News Code : 859398
  • Source : Utusan
Brief

Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy berikrar pihaknya akan melakukan apa sahaja yang dibenarkan oleh undang-undang untuk mengelak daripada Sepanyol berpecah seminggu selepas Catalonia mengadakan referendum yang didakwa mendapat sokongan penduduknya bagi mengumumkan kemerdekaan sebagai sebuah negara yang bebas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy berikrar pihaknya akan melakukan apa sahaja yang dibenarkan oleh undang-undang untuk mengelak daripada Sepanyol berpecah seminggu selepas Catalonia mengadakan referendum yang didakwa mendapat sokongan penduduknya bagi mengumumkan kemerdekaan sebagai sebuah negara yang bebas.

Rajoy berkata: “Sepanyol tidak berpecah sama sekali dan perpaduan peringkat nasional akan terus dijaga dengan baik.

“Kami (kerajaan) akan buat apa sahaja yang dibenarkan oleh undang-undang untuk memastikan (kedaulatan) Sepanyol terpelihara,” katanya dalam satu temu bual yang disiarkan dalam akhbar tempatan, hari ini.

Catalonia merupakan sebuah wilayah di negara ini yang mempunyai bahasa dan budaya tersendiri mengadakan referendum pada 1 Oktober lalu untuk me­nuntut kemerdekaan sebelum Sepanyol mengisytiharkan proses pengundian yang dilakukan adalah tidak sah.

Dalam perkembangan yang sama, Perancis turut mengumumkan negara itu tidak akan mengiktiraf Catalonia jika kemerdekaannya tidak disokong oleh Sepanyol.

“Jika Catalonia ingin mengisytiharkan kemerdekaan secara unilateral, perkara itu tidak akan diiktiraf,” kata Menteri Hal Ehwal Eropah, Nathalie Loiseau.

Beliau menegaskan bahawa Catalonia tidak boleh diiktiraf berdasarkan undian referendum untuk menuntut kemerdekaan.

Katanya, krisis tersebut perlu diselesaikan secara dialog di semua peringkat politik di Sepa­nyol.

“Keputusan tergesa-gesa untuk mengiktiraf kemer­dekaan Catalonia berdasarkan undian tersebut menunjukkan seolah-olah Perancis lari daripada tanggungjawabnya.

“Sekiranya kemerdekaan diiktiraf berdasarkan bukan sesuatu yang dibincangkan, Catalonia mungkin perlu meninggalkan Kesatuan Eropah secara automatik,” ujar­nya. – AGENSI


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram