Serangan Nukler Ke Atas Sekutu Kami Adalah Serangan Nuklear Ke Atas Kami: Putin

Serangan Nukler Ke Atas Sekutu Kami Adalah Serangan Nuklear Ke Atas Kami: Putin

Presiden Vladimir Putin memberi amaran bahawa Rusia akan menganggap bahawa sebarang serangan nuklear terhadap sekutunya sebagai "serangan nuklear" ke atas dirinya sendiri dan pihaknya akan memberikan tindak balas segera berhubung perkara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Vladimir Putin memberi amaran bahawa Rusia akan menganggap bahawa sebarang serangan nuklear terhadap sekutunya sebagai "serangan nuklear" ke atas dirinya sendiri dan pihaknya akan memberikan tindak balas segera berhubung perkara itu.

Ketika menyampaikan ucapan tahunannya di Moscow pada hari Khamis, Putin menyatakan kebimbangan berhubung polisi nuklear A.S yang baru di mana Pentagon telah menurunkan kayu ukur berkenaan penggunaan senjata nuklear.

Dasar Amerika yang baru, membenarkan penggunaan senjata nuklear "sebagai tindak balas kepada serangan konvensional atau ancaman siber," kata Presiden Rusia itu sambil menambah bahawa "Rusia berhak untuk menggunakan senjata nuklearnya hanya sebagai tindak balas terhadap serangan nuklear atau serangan yang melibatkan penggunaan senjata pemusnah besar-besaran yang lain terhadap dirinya sendiri serta sekutunya, atau serangan konvensional terhadap kita semua yang mengancam kewujudan negara."

"Sebarang penggunaan senjata nuklear terhadap Rusia atau sekutunya, sama ada berskala kecil, berskala sederhana atau apapun skala lain, akan dianggap sebagai serangan nuklear ke atas negara kita. Tindak balas akan bersifat pantas dan membawa kesemua akibat yang berkaitan," tegas beliau.

Putin juga mengatakan bahawa Rusia telah menguji beberapa senjata strategik baru yang tidak boleh dipintas sambil mengatakan bahawa senjata tersebut akan menjadikan sistem peluru berpandu NATO yang diketuai A.S sebagau "tidak berguna".

Senjata-senjata strategik itu merangkumi peluru berpandu bertenaga nuklear, drone bawah air berkuasa nuklear dan peluru berpandu balistik antara benua Sarmat (ICBM) yang tidak memiliki sebarang pesaing seumpamanya di belahan dunia yang lain, kata Putin.

Sistem Sarmat berkemampuan membawa pelbagai jenis senjata nuklear dan hampir tidak mempunyai sebarang had jarak, kata Putin lagi.

"Saya ingin memberitahu setiap pihak yang telah memacu perlumbaan senjata dalam tempoh 15 tahun yang lalu, berusaha untuk mencapai kelebihan sepihak ke atas Rusia, memperkenalkan sekatan yang mencabuli undang-undang (ke atasnya) yang bertujuan untuk membendung pembangunan negara kita: setiap perkara yang kalian ingin halangi (daripada dicapai oleh Rusia) melaui dasar kalian telahpun terjelma," katanya, sambil menambah,"Kalian telah gagal untuk membendung Rusia. "

Putin juga menegaskan bahawa Rusia telah mula melancarkan usaha untuk mengatasi kemampuan sistem anti-peluru berpandu Amerika Syarikat sejak pada awal tahun 2004. Menurut beliau, Washington telah mengabaikan panggilan Moscow untuk mengadakan dialog berhubung perkara itu.

"Seperti yang anda lihat, kami tidak pernah merahsiakan rancangan kami. Kami telah bercakap tentang perkara itu secara terbuka untuk menggalakkan rakan kongsi kami untuk kembali berunding. Saya ulangi, kami sudahpun bercakap tentang perkara itu pada sejak tahun 2004. Sungguh mengejutkan, di sebalik kesemua masalah yang kita hadapi dalam bidang ekonomi, kewangan, industri pertahanan dan dalam pihak tentera, Rusia tetap kekal kuasa nuklear terbesar. Akan tetapi, tiada sebarang pihak yang mahu berunding dengan kami. Mereka tidak memekakkan telinga terhadap kami, jadi dengarkan kami sekarang," katanya.











Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky