Siapa Perlukan Musuh Dengan Kawan Seperti A.S: Eropah

Siapa Perlukan Musuh Dengan Kawan Seperti A.S: Eropah

Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk telah mengecam Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump atas keputusannya yang "tidak menentu", termasuk keputusan yang melibatkan perjanjian nuklear Iran sambil berkata Eropah tidak memerlukan musuh dengan rakan seperti A.S

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk telah mengecam Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump atas keputusannya yang "tidak menentu", termasuk keputusan yang melibatkan perjanjian nuklear Iran sambil berkata Eropah tidak memerlukan musuh dengan rakan seperti A.S

Tusk memberitahui para wartawan di dalam sebuah sidang akhbar yang berlansung di Sofia, Bulgaria pada hari Rabu bahawa "Eropah sepatutnya bersyukur" kepada Trump kerana dia telah "menyingkirkan sebarang bentuk khayalan di pihak Eropah" dengan pertikaian perdagangan dan penarikan diri Washington dari perjanjian nuklear Iran yang secara rasmi dikenali sebagai Pelan Komprehensif Bersama Tindakan (JCPOA).

Tusk mengatakan bahawa EU harus bersatu untuk menghadapi "fenomena baru" yang dilihat daripada pentadbiran Rumah Putih.

"Melihat kepada keputusan terbaru Presiden Trump, seseorang mampu berfikir bahawa dengan kawan seperti ini, maka siapa yang perlukan musuh?" Kata Tusk.

Beliau berkata EU memerlukan sebuah barisan bersatu di dalam perjanjian nuklear Iran, sambil menyatakan, "Kami mesti mengekalkannya."

Tusk berkata bahawa EU perlu melindungi syarikat-syarikat Eropah daripada ancaman yang timbul akibat daripada keputusan A.S dan dalam masa yang sama turut mencari cara untuk menangani program balistik Iran dan peranan serantaunya.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram