Tentera Laut Britain Pecat 9 Kelasi Isu Dadah

Tentera Laut Britain Pecat 9 Kelasi Isu Dadah

Tentera Laut Britain memecat sembilan kelasi yang berkhidmat dalam kapal selam nuklear selepas didapati positif kokain, kata Kementerian Pertahanan hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Laut Britain memecat sembilan kelasi yang berkhidmat dalam kapal selam nuklear selepas didapati positif kokain, kata Kementerian Pertahanan hari ini.

Semua kelasi terbabit adalah kru HMS Vigilant, satu daripada empat kapal selam Tentera Laut Diraja yang mengendalikan sistem peluru berpandu nuklear Trident.

"Kami tidak bertolak ansur dengan penyalahgunaan dadah oleh kakitangan. Mereka yang tidak menepati standard tinggi ditetapkan berdepan tindakan dibuang daripada perkhidmatan," kata jurucakap Tentera Laut Diraja.

Akhbar Daily Mail melaporkan, semua kelasi terbabit gagal ujian dadah ketika kapal selam itu berlabuh di Amerika Syarikat (AS) untuk mengambil kepala peledak nuklear dan menjalankan tugas manakala kelasi terbabit ditempatkan di hotel berdekatan pantai.

Jurucakap kementerian enggan mengulas lokasi insiden, namun berkata: "Tiada bukti menunjukkan mana-mana individu di bawah pengaruh dadah ketika menjalankan tugas."

Kementerian juga mengesahkan komander kapal selam direhatkan daripada tugasnya susulan siasatan namun enggan menjelaskan lanjut. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky