'Terlalu Ramai Perisik' Bekerja Di Dalam Kedutaan A.S Di Moscow: Rusia

  • News Code : 842463
  • Source : ABNA24
Brief

Rusia berkata bahawa Amerika Syarikat menempatkan "terlalu ramai perisik" di dalam kedutaan mereka di Moscow sebelum memberi amaran bahawa Kremlin mungkin akan meminta beberapa diplomat A.S untuk meninggalkan negara itu berikutan hubungan kedua-dua negara yang semakin merosot.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia berkata bahawa Amerika Syarikat menempatkan "terlalu ramai perisik" di dalam kedutaan mereka di Moscow sebelum memberi amaran bahawa Kremlin mungkin akan meminta beberapa diplomat A.S untuk meninggalkan negara itu berikutan hubungan kedua-dua negara yang semakin merosot.

"Terlalu ramai perisik CIA dan Pentagon yang bekerja di dalam misi diplomatik A.S sekaligus tidak selari dengan status diri mereka sendiri," lapor agensi berita Tass yang menukilkan jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova.

Zakharova turut mengingatkan bahawa pihak awam juga berhak untuk mengetahui tentang beberapa misi pasukan perisikan A.S di negara tersebut.

Zakharova secara jelas merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov pada Januari lepas yang mengatakan bahawa Moscow berjaya menggagalkan beberapa aktiviti perisikan yang dilancarkan oleh warga A.S yang bekerja sebagai pegawai diplomatik di negara itu.

Di dalam salah sebuah insiden yang dilaporkan, seorang diplomat yang memakai rambut dan kening palsu memasuki Kedutaan A.S selepas memukul pegawai keselamatan yang mahu melihat kad pengenalannya.

Zakharova turut berkata bahawa Rusia bersedia untuk menghalau beberapa orang pegawai diplomatik A.S dan menutup beberapa fasiliti milik mereka jikalau Washington gagal membuka semula pusat rekreasi milik Kedutaan Rusia di negara Barat itu.

Bekas Presiden A.S, Barrack Obama pada Disember 2016 mengarahkan 35 orang diplomat Rusia diusir dari negara itu di samping menutup dua bidang hartanah milik Kremlin yang digunakan sebagai pusat rekreasi bagi staf dan keluarga misi diplomatik Rusia. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram