Theresa May Berisiko Diganti

  • News Code : 866277
  • Source : Berita Harian
Brief

Seramai 40 Ahli Parlimen Parti Konservatif Perdana Menteri, Theresa May, menandatangani surat tidak percaya terhadap kepemimpinan beliau, lapor akhbar Sunday Times.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seramai 40 Ahli Parlimen Parti Konservatif Perdana Menteri, Theresa May, menandatangani surat tidak percaya terhadap kepemimpinan beliau, lapor akhbar Sunday Times.

Bagaimanapun, ia kekurangan lapan Ahli Parlimen bagi membolehkan kepemimpinan beliau dicabar.

Mekanisme itu boleh menyebabkan May dipecat dan digantikan Ahli Parlimen Parti Konservatif lain.

Pada pilihan raya awal 8 Jun lalu, May mendakwa menang dengan margin besar namun menyebabkan partinya kehilangan majoriti di parlimen.

Sejak itu, beliau berdepan kesukaran mengekalkan kuasa ke atas parti sendiri.

Kerajaan May gagal mengawal situasi politik tidak menentu yang dilihat melemahkan peranan London dalam rundingan Brexit, selepas parti itu berbelah-bagi mengenai kaedah Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), selain peletakan jawatan beberapa menterinya. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram