Tiga Cedera Dirempuh Di Luar Masjid Di London

Tiga Cedera Dirempuh Di Luar Masjid Di London

Tiga lelaki cedera dalam kejadian rempuhan di luar sebuah masjid di utara London, awal pagi tadi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tiga lelaki cedera dalam kejadian rempuhan di luar sebuah masjid di utara London, awal pagi tadi.

Menurut saksi, mereka turut terdengar pemandu terbabit melaungkan kecaman anti-Islam dalam kejadian di Pusat Islam al-Majlis al-Hussaini di persimpangan Oxgate Lane dan Edgware Road di Cricklewood.

Sementara itu, Polis Metropolitan memberitahu insiden itu tiada kaitan dengan keganasan dan ia mungkin jenayah kebencian.

"Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an masih dirawat di hospital atas kerana kecederaan kaki yang serius manakala dua mangsa lain berumur 20-an cedera ringan," ujar jurucakap polis.

Difahamkan, sebelum kejadian itu, sekumpulan lelaki dan wanita dipercayai di bawah pengaruh alkohol serta dadah diminta meninggalkan kawasan parkir persendirian di premis berkenaan.

Sebuah kereta kemudiannya dipandu berhampiran masjid tersebut dan berlaku satu pergaduhan. - BBC


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky