Trump Gelar Jerman Sebagai "Tahanan Rusia"

Trump Gelar Jerman Sebagai

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melancarkan serangan lidahnya yang luar biasa terhadap Jerman yang disasarkan kepada salah satu daripada projek pembangunan sektor tenaga yang paling kontroversi di Eropah dengan memanggil negara itu sebagai "tawanan Rusia."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melancarkan serangan lidahnya yang luar biasa terhadap Jerman yang disasarkan kepada salah satu daripada projek pembangunan sektor tenaga yang paling kontroversi di Eropah dengan memanggil negara itu sebagai "tawanan Rusia."

Bercakap di Brussels, Belgium pada siri lawatan pertama beliau di dalam lawatannya ke Eropah pada hari Rabu lepas presiden A.S menyifatkan bahawa hubungan di antara Jerman dan Rusia adalah sam sekali "tidak sesuai."

Beliau berkata kesepakatan minyak dan gas berkaitan telah memberi pengaruh yang sangat besar ke atas ekonomi terbesar di Eropah tersebut.

Trump secara khusus menyasarkan projek saluran paip Nord Stream 2 yang dianggarkan bernilai $ 11 bilion yang menghubungkan Jerman serta Rusia secara langsung dari aspek bekalan bahan tenaga berkaitan.

Pengkritik menegaskan bahawa saluran paip, yang akan dibina di bawah Laut Baltik akan meningkatkan pergantungan benua tersebut ke atas gas Rusia. Beberapa negara EU yang lain juga telah menyatakan kebimbangan mereka berhubung isu keselamatan negara rentetan daripada tindakan Jerman itu.

Walau bagaimanapun, Canselor Jerman Angela Merkel sebelum ini berkata Berlin akan menyokong projek itu dan menegaskan bahawa projek itu merupakan sebuah usaha komersial daripada pihak swasta.

"Jerman dikuasai sepenuhnya oleh Rusia ... Mereka akan mendapat di antara 60 dan 70 peratus bekalan tenaga mereka dari Rusia dan saluran baru, dan anda cuba katakan bahawa perkara itu sesuai (dengan polisi sedia ada) sedangkan saya berpendapat bahawa ia tidak (sesuai sama sekali)," kata Trump, sebelum mengecam kegagalan Berlin untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan mereka secara dramatik.

Trump bercakap pada sidang akhbar di hadapan wakil NATO menjelang sidang kemuncak dua hari pertubuhan itu.

Kenyataan itu dibuat di tengah-tengah peningkatan ketegangan antara EU dan A.S mengenai pelbagai isu seperti dasar perdagangan dan perbelanjaan ketenteraan.

Trump juga telah menimbulkan kemarahan warga Eropah apabila beliau mengambil keputusan untuk mengenakan tarif ke atas import produk tertentu dari negara-negara EU -langkah itu telah memaksa Eropah untuk mengambil tindakan yang sama ke atas A.S.

Trump juga mengkritik rakan mereka di Eropah kerana kegagalan mereka memenuhi sasaran yang ditetapkan sebelum ini untuk membiayai perbelanjaan NATO.

"Saya fikir ia adalah perkara yang sangat buruk untuk NATO dan saya tidak fikir ia sepatutnya berlaku dan saya fikir kita perlu bercakap dengan Jerman mengenainya. Selain itu, Jerman hanya membayar sekitar 1 peratus (pada bidang pertahanan) ... Dan saya fikir itu juga (sebuah tindakan yang) tidak sesuai," kata Trump pada sidang media.

"Saya fikir ia tidak adil," kata Trump. "Kami tidak boleh bersabar."

Trump akan bertemu Merkel pada Rabu ini, sebelum bermesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Helsinki, Finland pada hari Isnin.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky