Trump Jadikan Dunia Lebih Berbahaya: Jeremy Corbyn

  • News Code : 829405
  • Source : ABNA24
Brief

Presiden A.S, Donald Trump telah menukarkan dunia ini menjadi tempat yang lebih berbahaya "dengan meningkatkan ketegangan secara melulu" dengan Korea Utara dan Syria, kata Jeremy Corbyn.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden A.S, Donald Trump telah menukarkan dunia ini menjadi tempat yang lebih berbahaya "dengan meningkatkan ketegangan secara melulu" dengan Korea Utara dan Syria, kata Jeremy Corbyn.

Ketika berucap berhubung polisi luar negara di Chatham House, London, pemimpin parti Buruh Britain itu mendakwa Trump bertekad untuk memperbanyakkan masalah global. Beliau turut menuduh bahawa Perdana Menteri Britain, Theresa May setakat ini sentiasa tunduk kepada kemahuan Trump.

"Situasi global semakin berbahaya," kata Corbyn.

"Presiden baharu A.S kelihatan bertekad untuk menambah bahaya itu dengan meningkatkan ketegangan dengan Korea Utara secara melulu dan melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Syria," katanya lagi.

Beliau menambah dengan mengatakan bahawa tindakan Trump yang menentang perjanjian nuklear negara itu dengan Iran -yang ditandatangani oleh A.S dan sekutunya sebelum ini- serta sokongannya ke atas pembaharuan persaingan senjata nuklear dengan Rusia turut menunjukkan bahawa pentadbiran Rumah Putih sedia untuk mengeruhkan lagi situasi dunia.

Corbyn turut memberikan amaran berkaitan percubaan May untuk bekerjasama dengan Rumah Putih di dalam perkara di atas.

Pemimpin parti Buruh itu berkata bahawa beliau akan menghentikan serangan udara negara itu di Syria jika dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Britain. Beliau yang merupakan salah seorang daripada pesaing May di dalam pilihan raya 8 Jun itu turut menuduh bahawa May cuba untuk meningkatkan ketegangan di Syria.

"Setiap perang pada akhirnya diakhiri dengan pendekatan politik," tambahnya.

Corbyn yang cuba menutup celah populariti di antara partinya dengan parti pemerintah berkata bahawa beliau mahukan hubungan yang "kukuh dan mesra dengan" A.S dan di dalam masa yang sama mampu "mencurahkan pendapat sendiri" kepada sekutu tradisional Britain itu. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram