Trump Mungkin Cetuskan Perang Perdagangan: Presiden Suruhanjaya Eropah

  • News Code : 818991
  • Source : ABNA24
Brief

Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker memberi amaran bahawa hubungan di antara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat berada pada tahap yang paling rendah berikutan polisi yang diambil oleh Presiden Donald Trump.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker memberi amaran bahawa hubungan di antara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat berada pada tahap yang paling rendah berikutan polisi yang diambil oleh Presiden Donald Trump.

Di dalam sebuah temu ramah dengan surat khabar Bild am Sonntag, Juncker mengingatkan semua pihak bahawa pentadbiran Trump mungkin akan memperkenalkan tarif tambahan ke atas produk-produk Eropah sekaligus menyebabkan EU untuk melakukan perkara yang sama ke atas barangan dari A.S.

"Perang perdagangan menguntungkan Eropah mahupun A.S," kata beliau.

Presiden Suruhanjaya Eropah itu turut mengkritik Trump berikutan tindakan Presiden Amerika Syarikat itu yang sebelum ini memuji langkah Brexit dan juga menggesa negara-negara EU yang lain untuk mengikuti jejak Britain di dalam melakukan perkara yang sama.

Beliau turut menambah dengan mengatakan bahawa Presiden daripada parti Republikan itu memiliki "pendekatan yang luar biasa" di dalam mengendalikan hubungan dengan Kesatuan Eropah.

Eropah perlu mengambil serius dan bersedia dengan "retorik perlindungan pentadbiran Trump," kata beliau lagi.

Trump sebelum ini telah menimbulkan kerunsingan yang serius berhubung masa hadapan perdagangan bebas dan telah berjanji untuk menarik keluar ataupun merunding semula beberapa perjanjian perdagangan seperti TPP dan NAFTA.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram