Trump Ucap Tahniah Kepada Macron

  • News Code : 828613
  • Source : Bernama
Brief

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengucapkan tahniah kepada Emmanuel Macron kerana memenangi pilihan raya presiden dan berharap dapat bekerjasama dengan Presiden baharu Perancis itu, lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengucapkan tahniah kepada Emmanuel Macron kerana memenangi pilihan raya presiden dan berharap dapat bekerjasama dengan Presiden baharu Perancis itu, lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).

Macron, 39, menewaskan Marine Le Pen dan sekaligus melakar sejarah menjadi presiden paling muda dalam sejarah 59 tahun Perancis.

"Tahniah kepada Emmanuel Macron atas kemenangan besar beliau hari ini. Saya berharap untuk bekerjasama dengan beliau pada masa depan," kata Trump menerusi Twitternya yang mempunyai 28.8 juta pengikut.

Kemudian Rumah Putih turut mengeluarkan kenyataan mengucapkan tahniah kepada Macron.

"Tahniah diucapkan Macron yang dipilih sebagai Presiden baharu," kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih Sean Spicer.

Turut mengucapkan tahniah beberapa anggota Parlimen AS. - Bernama


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram