Turki ‘Usir’ Lembu Belanda Gara-Gara Krisis Diplomatik

  • News Code : 818208
  • Source : Utusan
Brief

Seorang wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Turki mengarahkan supaya lembu-lembu dari Belanda dihantar pulang ke negara itu ekoran krisis diplomatik yang melanda kedua-dua negara ketika ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Turki mengarahkan supaya lembu-lembu dari Belanda dihantar pulang ke negara itu ekoran krisis diplomatik yang melanda kedua-dua negara ketika ini.

Ketua Persatuan Pengeluar-Pengeluar Daging Merah Turki, Bulent Tunc memberitahu media tempatan bahawa pihaknya bersedia menghantar kira-kira 40 ekor lembu jenis ‘Holstein Friesian’ kembali ke Belanda sebagai simbolik teradap krisis tersebut.

“Lembu-lembu dari Belanda ini memang popular di sini (Turki), namun, baka ini dilihat mula ‘mencetuskan masalah yang serius’.

“Kami mungkin tidak akan mengambil produk atau haiwan dari Belanda lagi untuk diternak di sini pada masa depan kerana kami juga memiliki lembu yang mempunyai baka berkualiti,” katanya.

Tambah Tunc, jika kerajaan Belanda enggan menerima lembu-lembu itu semula, pihaknya mungkin akan menyembelih dan mengagih-agihkan daging lembu tersebut kepada sesiapa sahaja yang mengingininya. -AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram