Turki Kecam Austria Anti Islam

Turki Kecam Austria Anti Islam

Jurucakap presiden Turki hari ini mengecam keputusan Austria mengusir sehingga 60 imam dibiayai negara itu dan menutup tujuh masjid sebagai tindakan bersifat 'anti-Islam' dan 'perkauman'.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jurucakap presiden Turki hari ini mengecam keputusan Austria mengusir sehingga 60 imam dibiayai negara itu dan menutup tujuh masjid sebagai tindakan bersifat 'anti-Islam' dan 'perkauman'.

Jurucakap itu, Ibrahim Kalin berkata, keputusan Austria menutup tujuh masjid dan mengusir imam dengan alasan pincang, disifatkan mewakili gelombang popular anti-Islam, perkauman dan diskriminasi di negara itu.

"Ini adalah satu usaha untuk mensasarkan masyarakat Islam demi mencari alasan politik murahan," kata Kalin di Twitter selepas Vienna mengumumkan tindakan keras terhadap 'politik Islam'.

Menteri Dalam Negeri Austria, Herbert Kickl berkata 150 orang termasuk imam dan keluarga mereka berisiko kehilangan hak bermastautin.

Tindakan keras itu selepas pihak berkuasa agama Austria menyiasat imej diterbitkan April lalu memaparkan kanak-kanak di sebuah masjid disokong Turki secara olok-olok pura-pura mati dan menghidupkan semula pertempuran Perang Dunia Pertama di Gallipoli.

Kalin, jurucakap Presiden Recep Tayyip Erdogan, menganggap keputusan itu adalah usaha 'menormalkan Islamofobia dan perkauman' yang dikatakannya perlu ditolak.

"Ideologi kerajaan Austria melanggar prinsip perundangan sejagat, dasar integrasi sosial, hak minoriti dan etika kewujudan bersama," kata Kalin. -AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky