UK Guna Kanak-Kanak Sebagai Perisik

UK Guna Kanak-Kanak Sebagai Perisik

Kanak-kanak digunakan sebagai perisik dalam misi rahsia terhadap pengganas, kumpulan gangster dan pengedar dadah oleh polis Britain dan beberapa agensi risikan negara itu, menurut laporan media.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kanak-kanak digunakan sebagai perisik dalam misi rahsia terhadap pengganas, kumpulan gangster dan pengedar dadah oleh polis Britain dan beberapa agensi risikan negara itu, menurut laporan media.

Menurut laporan laman berita Channel NewsAsia (CNA), hari ini, ada kanak-kanak terbabit berusia di bawah 16 tahun.

Laporan itu timbul selepas jawatan kuasa pemantauan kedua Dewan Tinggi (House of Lords) Parlimen Britain menimbulkan persoalan terhadap penggunaan 'sumber risikan manusia remaja'.

Difahamkan, kerajaan Britain mencadangkan untuk meningkatkan jumlah masa individu bawah 18 tahun boleh berkhidmat dalam operasi daripada sebulan, ketika ini kepada empat bulan.

Amalan itu mencetuskan kritikan. Bekas menteri Brexit, David Davis menyifatkan penggunaan remaja sebagai perisik tidak bermoral dan setiausaha hal ehwal dalam negeri bayangan, Diane Abbott menggesa ia dihentikan serta-merta, lapor the Guardian.

Downing Street, ketika mempertahankan amalan itu berkata, remaja amat jarang digunakan sebagai sumber risikan manusia dan hanya digunakan apabila perlu sahaja.

Amalan menggunakan remaja bawah 18 tahun membantu membendung masalah kumpulan gangster dan pengedaran dadah, lapor BBC memetik pejabat hal ehwal dalam negeri.

"Sumber risikan remaja (CHIS) amat jarang digunakan dan hanya digunakan apabila diperlukan. Penggunaan mereka bersesuaian dan hanya apabila tiada jalan lain untuk mendapat maklumat diperlukan.

"Ia penting untuk mendakwa penjenayah atau suspek keganasan," kata pejabat dalam negeri. - Agensi/ CNA


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky