Majma' Keluar Kenyataan Kecam Undang-Undang Negara Yahudi

Majma' Keluar Kenyataan Kecam Undang-Undang Negara Yahudi

Berikutan tindakan parlimen rejim Israel yang meluluskan 'Rang Undang-undang Negara Yahudi', Majma' Ahlul Bait Sedunia telah mengeluarkan sebuah kenyataan penting.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) -Berikutan tindakan parlimen rejim Israel yang meluluskan 'Rang Undang-undang Negara Yahudi', Majma' Ahlul Bait Sedunia telah mengeluarkan sebuah kenyataan penting.

Teks lengkap pernyataan pertubuhan itu adalah seperti berikut:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (QS. Al-Baqarah: 120)

Inisiatif baru parlimen rejim Zionis (Knesset) dalam meluluskan "Undang-undang Negara-Negara Yahudi" menggambarkan sifat perkauman rejim Israel sebagai sebuah entiti penjajah. Undang-undang ini mengiktiraf wilayah yang diduduki Israel sebagai tanah air kaum Yahudi sekaligus menghalang sebarang usaha kepada pembentukan negara Palestin yang merdeka!

Berdasarkan konspirasi berbahaya dan rang undang-undang tidak berperikemanusiaan ini, rejim Zionis akan mengusir semua penduduk Arab Palestin; dan secara khususnya, akan memindahkan para penghuni di Baitulmuqaddis Timur ke Tebing Barat dan Jalur Gaza sekaligus menyebabkan jutaan rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal serta menafikan hak-hak minimum mereka.

Percubaan agresif ini sekali lagi menunjukkan bahawa rejim ini telah didirikan di atas prinsip konfrontasi dengan (dunia) Islam dan warga Palestin di sebalik usaha kerajaan penjajah tersebut yang sentiasa berusaha untuk menyembunyikan wajah ganas dan kotor mereka dengan topeng demokrasi sepanjang tujuh dekad yang lalu.

Malangnya, Amerika Syarikat dan beberapa kerajaan Arab seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain bukan sahaja berdiam diri ketika berhadapan dengan tindakan sehala yang berbahaya ini. Akan tetapi, mereka juga berusaha untuk menanggung kos pelaksanaan plot ini di bawah projek bernama 'Perjanjian Abad Ini' dengan menjanjikan PLO bantuan kewangan sebanyak 10 bilion dolar jika (mereka setuju agar) konspirasi itu dipraktikkan !!

Majma' Ahlul Bait mengutuk tindakan arbitari, diskriminatif dan agresif ini di samping menekankan keperluan kepada kelestarian perjuangan warga Palestin dan lain-lain entiti yang menyintai kebebasan dalam rangka membebaskan al-Quds. Pihak Majma' turutmengutuk mana-mana kompromi, dialog, atau sebarang percubaan ke arah menormalkan hubungan dengan rejim perampas Israel dan menganggap bahawa perkara itu merupakan sebuah tindakan pengkhianatan terhadap Islam dan Palestin.

Majma' Ahlul Bait Sedunia 

21 Julai 2018


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky