Dua Kubur Besar Mangsa Daesh Ditemukan Di Syria

Dua Kubur Besar Mangsa Daesh Ditemukan Di Syria

Dua kubur besar mengandungi berpuluh-puluh mayat penduduk tempatan dan tentera Syria yang dibunuh oleh kumpulan pengganas Daesh ditemukan di barat wilayah Raqa, lapor agensi berita tempatan, SANA semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Dua kubur besar mengandungi berpuluh-puluh mayat penduduk tempatan dan tentera Syria yang dibunuh oleh kumpulan pengganas Daesh ditemukan di barat wilayah Raqa, lapor agensi berita tempatan, SANA semalam.

Penemuan kubur berkenaan adalah berpandukan kepada maklumat yang diberikan oleh penduduk berdekatan Wawi di barat wilayah terbabit.

SANA memetik sumber dari pertahanan awam Syria sebagai berkata, operasi mengeluarkan kesemua mayat akan dilakukan selama beberapa hari berikutan kawasan dua kubur tersebut yang luas.

Tambah SANA, masih belum diketahui punca sebenar mereka dibunuh oleh Daesh.

Daesh yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘khalifah’, menguasai sebahagian besar Syria dan Iraq sejak tahun 2014, namun kini telah kehila­ngan kesemua wilayah taklukannya.

Sepanjang penguasaan mereka, Daesh banyak terlibat dalam pelbagai kekejaman seperti pembunuhan beramai-ramai.

Pada tahun 2014, seramai 230 mayat yang dibunuh oleh Daesh dijumpai di sebuah kubur di utara wilayah Deir Ezzor.

Manakala 200 penduduk tempatan lain, termasuk kanak-kanak dan wanita, dibunuh oleh kumpulan terbabit di bandar Kobane pada bulan Jun 2015. – AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram