5 Terbunuh Di Dalam Sebuah Insiden Di Qom

5 Terbunuh Di Dalam Sebuah Insiden Di Qom

Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bantuan Kecemasan kota Qom mengumumkan bahawa seramai lima orang telah terbunuh di dalam sebuah insiden letupan di bandar itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bantuan Kecemasan kota Qom mengumumkan bahawa seramai lima orang telah terbunuh di dalam sebuah insiden letupan di bandar itu.

Mehdi Farahani berkata bahawa 15 orang yang lain turut mengalami kecederaan berikutan insiden yang berlaku di sebuah rumah tumpangan yang terletak di jalan Arak.

Beliau turut mengumumkan tentang penghantaran lapan buah ambulans ke kawasan insiden sambil menambah bahawa pasukan bantuan setakat ini telah memindahkan 12 orang yang cedera ke hospital manakala dua yang lain pula kini dirawat secara rapi di klinik pesakit luar.

Menurut Pusat Kemalangan Perubatan dan Bantuan Kecemasan Qom, lima orang telah disahkan terbunuh setakat ini dengan berkata: "Malangnya, empat wanita dan seorang lelaki terbunuh di dalam insiden tersebut."

Farahani turut berkata bahawa "Terdapat 4 buah ambulans dan sebuah pasukan khidmat kecemasan sedang bersiap sedia di tempat insiden dan akan memberikan khidmat ketika diperlukan."

Beliau turut mengatakan bahawa mereka yang cedera telah dimasukkan ke Hospital Neku'i dan Hospital Ali ibn Abi Talib (A.S) untuk menerima rawatan tambahan.

Menurut laporan, insiden itu kemungkinan berpunca daripada pengumpulan gas yang akhirnya mengakibatkan sebuah  letupan. -Tasnim 


/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

conference-abu-talib
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky