A.S Bermain Dengan Api Di Syria: Iran

  • News Code : 839391
  • Source : ABNA24
Brief

Seorang pegawai kanan Iran telah menolak dakwaan Amerika Syarikat bahawa Syria sedang membuat persiapan untuk melancarkan serangan kimia sambil memberi amaran kepada Washington bahawa mereka sedang "bermain dengan api."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pegawai kanan Iran telah menolak dakwaan Amerika Syarikat bahawa Syria sedang membuat persiapan untuk melancarkan serangan kimia sambil memberi amaran kepada Washington bahawa mereka sedang "bermain dengan api."

"Tanpa syak lagi, sikap tidak matang dan suka mencuba A.S di Syria adalah contoh yang jelas bagi mereka yang bermain dengan api," kata Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Ali Shamkhani pada hari Rabu.

Beliau turut menyifatkan bahawa dakwaan A.S berkaitan serangan kimia yang mungkin dilancarkan oleh Damsyik sebagai "khayalan," sambil berkata dakwaan seumpama itu direka untuk menjejaskan kemaraan tentera Syria di dalam kempen anti-keganasan mereka.

"Membuat dakwaan yang penuh khayalan ke atas Syria adalah kesinambungan daripada usaha A.S untuk menutup kegagalan berterusan para pengganas di dalam menghadapi kemaraan jelas tentera Syria," tambah beliau.

Shamkhani membuat kenyataan itu selepas jurucakap Pentagon, Kapten Jeff Davis pada hari Selasa membuat dakwaan bahawa mereka telah mengesan beberapa aktiviti di pangkalan udara Shayrat yang terletak di dalam wilayah Homs dan pernah dibedil oleh peluru berpandu A.S sebelum ini pada bulan April.

Shamkhani turut menegaskan bahawa jika A.S jujur ketika melemparkan tuduhan itu, mereka perlu memberikan maklumat berkaitan kepada penyiasat Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) supaya perkara itu boleh disahkan oleh badan antarabangsa itu.

Serangan A.S ke atas pangkalan udara tentera Syria di Shayrat sebelum ini dibuat di atas alasan yang sama tanpa memberikan bukti kukuh yang menunjukkan penglibatan kerajaan Damsyik di dalam jenayah tersebut. Iran dan Rusia mengecam tindakan unilateral Washington yang turut mengebelakangkan Majlis Keselamatan PBB ketika menyerang kerajaan Syria yang berdaulat. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram