A.S Cabuli Perjanjian Nuklear: Iran

  • News Code : 842655
  • Source : ABNA24
Brief

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zariff berkata bahawa Republik Islam Iran sentiasa mematuhi perjanjian nuklear di antara negara itu dan enam buah kuasa dunia walaupun Amerika Syarikat kerap kali mencabuli perjanjian tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zariff berkata bahawa Republik Islam Iran sentiasa mematuhi perjanjian nuklear di antara negara itu dan enam buah kuasa dunia walaupun Amerika Syarikat kerap kali mencabuli perjanjian tersebut.

Di dalam temu ramah dengan CNN pada hari Ahad, Zariff berkata bahawa di bawah perjanjian yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA), semua pihak bersetuju untuk menerima IAEA sebagai satu-satunya badan yang akan memantau penguatkuasaan perjanjian tersebut dari aspek nuklear dokumen perjanjian itu sendiri.

Beliau menambah dengan mengatakan bahawa IAEA telah mengesahkan kerjasama dan komitmen Iran di dalam perjanjian itu.

"IAEA telah mengesahkannya, saya percaya sudah tujuh kali sejak hari di mana perjanjian itu dikuatkuasakan (mereka mengesahkan) bahawa Iran telah menguatkuasakan perjanjian itu dengan penuh amanah, sepenuhnya dan selengkapnya," kata Zariff.

Menteri Luar Iran juga mengatakan bahawa perkara yang sama tidak boleh dikatakan berkenaan komitmen A.S terhadap perjanjian itu.

"Amerika Syarikat gagal untuk mengimplementasikan bahagian mereka di dalam perjanjian itu," kata Zariff.

Apabila diminta memberi contoh berhubung pencabulan yang dilakukan oleh A.S, Zariff berkata, "Sebagai contoh, apabila Rumah Putih membuat pengumuman bahawa Presiden Trump mengambil kesempatan daripada kehadirannya di perhimpunan G20 yang berlangsung di Hamburg untuk meyakinkan negara lain untuk tidak berniaga dengan Iran, itu sahaja sudah mencabuli JCPOA bukan dari aspek semangatnya akan tetapi perkataan (yang terdapat di dalam perjanjian itu).

"Saya percaya A.S perlu melaksanakan tanggungjawab mereka di dalam perjanjian itu," kata Zariff lagi. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram