A.S Dan Israel Cuba Lanjutkan Krisis Di Timur Tengah Untuk Jual Senjata

  • News Code : 841253
  • Source : ABNA24
Brief

Amerika Syarikat dan Israel cuba untuk melanjutkan krisis di Timur Tengah dalam rangka meningkatkan penjualan senjata mereka kepada negara-negara di rantau itu, kata penasihat khas Speaker Parlimen Iran berhubung urusan antarabangsa, Hossein Amir Abdollahian.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat dan Israel cuba untuk melanjutkan krisis di Timur Tengah dalam rangka meningkatkan penjualan senjata mereka kepada negara-negara di rantau itu, kata penasihat khas Speaker Parlimen Iran berhubung urusan antarabangsa, Hossein Amir Abdollahian.

Di dalam pertemuan dengan Duta Besar Syria ke Tehran, Adnan Mahmoud pada hari Sabtu, Amir Abdollahian berkata bahawa usaha Washington dan rejim Tel Aviv untuk melanjutkan "krisis serantau seperti tindakan kekerasan berterusan Arab Saudi ke atas Yaman, ancaman serangan ke atas Syria dan krisis diplomatik Doha-Riyadh bertujuan untuk menjual lebih banyak senjata kepada negara-negara di rantau itu."

Beliau menambah bahawa semakan semula yang dilakukan oleh Rumah Putih ke atas polisi mereka berhubung krisis di Syria hanya menunjukkan perubahan taktikal Washington dan bukan perubahan ke atas objektif mereka di sana.

Sejak permulaan krisis di negara Syria, musuh kerajaan Damsyik berusaha untuk menjatuhkan Presiden Assad yang merupakan pemerintah sah negara Arab itu, kata beliau.

"Di sebalik tuntutan sedemikian, hanya pilihan bangsa Syria dan keazaman mereka yang mampu menentukan nasib negara itu. Republik Islam Iran sejak permulaan krisis menekankan perihal pentingnya dialog politik dan rundingan untuk menamatkan krisis itu," kata Abdollahian.

Beliau turut berkata bahawa Iran berkongsi pendirian yang sama dengan Rusia berhubung isu Syria dan beliau menekankan perihal kepenntingan kerjasama rapat di antara ketiga-tiga negara sahabat itu. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram