A.S Diarah Henti Sekatan Terhadap Iran

A.S Diarah Henti Sekatan Terhadap Iran

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengarahkan Amerika Syarikat (AS) menarik balik sekatan terhadap barangan yang berkaitan dengan bantuan kemanusiaan terhadap Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengarahkan Amerika Syarikat (AS) menarik balik sekatan terhadap barangan yang berkaitan dengan bantuan kemanusiaan terhadap Iran.

ICJ memutuskan tindakan itu selepas Iran membuat permohonan kepada badan kehakiman berkenaan untuk menyekat sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Trump selepas menarik diri daripada perjanjian nuklear dengan Tehran.

Beberapa hakim ICJ memutuskan sekatan terhadap beberapa barangan melanggar ‘perjanjian persahabatan’ 1955 antara Iran dan AS.

ICJ berkata sekatan terhadap barangan untuk bantuan kemanusiaan mungkin akan memberi kesan serius terhadap kesihatan dan kehidupan individu yang tinggal di Iran. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky